Malacca Chief Minister...Is this the best you can do???
Pelajar Tahfiz negeri Melaka akan di latih pendawaian elektrik elak kebakaran?? Berita di sini. Adui.... Bukan ke keselamatan di mana mana sekolah adalah tanggungjawab pentadbir dan pengurusan sekolah tersebut?
Walaupun dari satu aspek sebarang latihan buat pelajar adalah positif tapi nampaknya di Melaka ianya sedang di 'out sourced' ke pihak pelajar pulak? Tak cukup lagi ke ajensi ajensi kerajaan negeri dan pusat seperti Bomba/Majlis Daerah dll yang sepatutnya memantau tahap keselamatan mana mana sekolah sekalipun?
Tujuan pelajar ke sekolah adalah menuntut ilmu dalam bidang di sediakan sekolah tersebut. Dan kenapa hanya memfokus pada pendawaian elektrik? Macamana hal nya dengan perkara lain yang jugak boleh mendatangkan musibah kebakaran? Puntung rokok atau kebocoran gas misalnya? Atau pihak di latih itu tiada di premis dari masa ke semasa? Apa pulak prosidur kalau macam tu?
Kenapa jugak di letakkan perlaksanaan program ini di bawah Jabatan Agama Islam Melaka? Pelik dan hairan... Bukan ke lagi molek di koordinasi dengan Jabatan Bomba atau Tenaga Malaysia yang memang berpakaran dalam bidang tersebut? Tidak pun di selia oleh Jabatan Pendidikan Negeri?
Atau J.A.I.M memang terbukti mempunyai skil dan kepakaran mantap dalam pendawaian elektrik? Membazir di babitkan J.A.I.M yang bukan hanya takda kepakaran malah hanya menambah lagi tahap birokrasi dalam perlaksanaan program nanti.
Bayangkan jumlah masa dan tenaga yang bakal di bazirkan hanya untuk melibatkan J.A.I.M. 2018 dah hampir di penutup namun pemikiran pentadbiran masih di tahap lemah serta ibarat sekadar bercakap mulut.
Bukan ke lebih baik satu program pencegahan kebakaran menyeluruh di lakukan membabitkan semua pelajar di semua sekolah? Itu lebih mendatangkan manfaat yang lebih besar. Sedara Adly....anda selaku Ketua Menteri Melaka takkan la this is the best you can do? Ini isu nyawa manusia.......
Comments
Post a Comment